Monday, November 29, 2010

PENGENALAN MENGENAL ALLAH

PENGENALAN MENGENAL ALLAH



1) Soal:- Apakah ilmu pertama yang difardhukan didalam Islam?.

Ilmu pertama yang menjadi fardu dalam islam itu, adalah mengenal Allah (Makrifat kepada Allah). Sebagaimana dinyatakan oleh junjungan Besar Baginda Rasulullah saw. didalam hadisnya:-

“Awal-awal beragama itu mengenal Allah”


Fardhu itu adalah wajib, iaitu wajib bagi yang beragama Islam mengenal Allah, serta menjadi tanggung jawab pertama sebagai seorang muslim. Selagi ilmu mengenal Allah tidak dikuasai, selagi itulah tidak layak baginya dipanggil muslim, islam dan muslimnya seseorang itu, adalah bergantung kepada kenal atau tidaknya ia kepada Allah dan bukannya bergantung kepada banyaknya ibadat.


Ilmu mengenal Allah itu, sepatutnya diberi keutamaan dari lain-lain keutamaan dan hendaknya didahului dari lain-lain keperluan. Keutamaan dan keperluan pertama hidup makhluk manusia itu, bukan sembahyang, puasa, zakat atau haji. Keutamaan yang pertama didalam islam itu, adalah mencari ilmu mengenal Allah, barulah disusuli dengan yang selebihnya. Tidak sempurna hukumnya mengerjakan amalan- amalan syari’at yang lainnya, sebelum makrifat kepada Allah (mengenal Allah).


Bersabda Rasulullah swa. semasa mengutus Mu’az keYaman:-

“Sesungguhnya engkau akan datang kepada satu kaum yang mempunyai kitab, maka hendaklah seruan yang mula-mula engkau serukan mereka kepadanya ialah, tauhid akan Allah “apabila mereka telah mengenal Allah”, maka khabarkan kepada mereka bahawa Allah telah memfardhukan atas mereka sembahyang lima waktu sehari semalam”.


Islam, iman dan amal yang sempurna itu, adalah setelah sempurna dalam ilmu mengenal Allah, barulah boleh disusuli dengan perintah sembahyang dan amalan fardhu yang selebihnya.


Ilmu mengenal Allah ada dua jalan. Pertama melalui jalan ilmu syari’at dan yang kedua melalui jalan ilmu hakikat. Jalan ilmu syari’at itu, mengenal Allah melalui pekerjaan anggota zahir. Seumpama menggunakan anggota tangan untuk bertakbir, kaki untuk berdiri, mulut untuk melafazkan ayat-ayat suci al-Quraan dan sebagainya. Maka jalan ilmu hakikat untuk mengenal Allah itu, dilakukan dan disempurnakan melalui pekerjaan anggota batin (roh).


Pekerjaan ibadah syari’at, tanpa diikuti dengan pekerjaan ibadah hakikat (batin), hukumnya adalah tidak sempurna dan tidak sah. Tidak memenuhi kehendak agama dan tidak pula memenuhi tuntutan islam, ibadah anggota zahir yang tidak disertai anggota batin itu, seumpama pohon mati yang tidak berdaun, seumpama sebiji buah yang ketiadaan isi dan seumpama matahari yang ketiadaan cahaya.


Islam bukannya agama syari’at yang hanya beribadah melalui anggota zahir sahaja, sebagaiman agama-agama lain. Islam itu adalah agama ibadah yang disertai dengan pekerjaan anggota batin (roh).
bersambung…..

Thursday, June 3, 2010

BANJAR YANG PERTAMA MENGAJAR DI MASJIDILHARAM MEKAH

SYAIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI (RAHIMAHU’LLAH TA’ALA)

Beliau seorang ulama besar yang sangat berpengaruh dan memegang peranan penting dalam sejarah dan perkembangan Islam, khususnya di Kalimantan, ahli dalam bidang fikih atau syariat dan tasawuf, tokoh yang banyak menabur jasa dalam pembangunan Islam di rantau ini. Sabil al-Muhtadin masih menjadi bahan rujukan sampai ke hari ini di Malaysia,

Riwayat hidup beliau:
Namanya ialah Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dilahirkan di Martapura, Kalimantan pada 15 Safar 1122 H/ 19 Mac 1710 dan meninggal di Kalampayan, Banjar, Kalimantan Selatan pada 6 Syawal 1227 H /13 Oktober 1815. Dalam usia 100 tahun lebih.

Anak sulung dari lima bersaudara. Mendapat pendidikan asas dengan ayahandanya sendiri, dan sewaktu berumur tujuh tahun sudah boleh membaca Qur’an dengan baik, beliau dijadikan anak angkat oleh Sultan Banjar Sultan Tahlilullah (1112H /1700M-1158H /1745M) dan beliau mendapat pendidikan dari guru-guru di istana. Beliau dikahwinkan oleh Sultan dengan seorang wanita bernama Bajut; kemudian dihantar meneruskan pengajian ke Mekah dan tinggal di Mekah selama 30 tahun.
Selama di Mekah beliau mempelajari ilmu-ilmu agama termasuk geografi, biologi, matematik, geometri dan astronomi. Selepas itu beliau pergi belajar ke Madinah selama 5 tahun. Semasa di Mekah beliau pernah mengajar di Masjidilharam Orang Banjar pertama Mengajar di masjid Makah.

Antara para guru beliau yang terkenal termasuklah: Syaikh Ata’illah bin Ahmad (pengarang Kitab Hikam), Syaikhul-Islam Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syaikh Muhammad bin ‘Abdul-Karim as-Samman al-Madani, al-Damanhuri, dan Ibrahim ar-Rais az-Zamzami, dan dari yang terakhir ini beliau mempelajari ilmu falak atau astronomi. Ini menjadikan beliau menonjol di kalangan ulama Melayu dirantau ini.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari pulang ke Kalimantan pada tahun 1186 H /1773 M. kembali ke Martapura, ibu kota Kesultanan Banjar. Kepulangannya disambut meriah oleh Sultan Tamjidillah (yang menjadi Sultan waktu itu) dan semua rakyat Banjar. Semenjak itu bermulalah usaha pembangunan umat di Banjar dengan bantuan Syaikh ‘Abdul Wahab Bugis, (menantu kepadanya beliau).

Kegiatan Pendidikan dan Dakwahnya:

Dilihat dari kegiatan-kegiatan pendidikan dan dakwahnya, jelas Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah seorang ulama yang mengambil berat tentang syariat Islam dan amalannya. Tetapi perlu dinyatakan bahawa akidahnya, sebagaimana yang jelas daripada tulisan-tulisannya sendiri adalah akidah Sunni.
Beliau melibatkan diri dalam banyak kegiatan yang menyentuh soal syariat. Di antaranya ialah dalam hubungan dengan masalah syarak yang melibatkan kiblat umat islam.
Dicatatkan bahawa Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari pernah beliau membetulkan arah kiblat beberapa masjid di Jakarta seperti di Jembatan Lima, Masjid Luar Batang, dan Masjid Pekojan.
Beliau juga mengambil langkah memperbaharu dan memperkemas pentadbiran mahkamah Syari’ah Kesultanan Banjar. Ini berlaku dengan dokongan Sultan Banjar waktu itu, Sultan Tahmidullah (1167H/1773M-1223H/1808M).

Untuk membantu beliau menjalankan usaha pendidikan dan dakwah, Sultan memberi kepadanya tanah dimana dibinakan pusat pengajian, perpustakaan, dan asrama untuk para penuntut. Dengan itu ramailah para penuntut yang datang dari pelbagai pelusuk negeri, dan lahirlah dari institusi itu ulama-ulama yang berjasa besar ditanah air.
Syekh Muhammad Arsyad diangkat oleh Sultan sebagai mufti pertama Kerajaan Banjar dan Abu Zu’ud diangkat sebagai kadhi pertama. Al-Banjari sendiri menjadi penasihat dalam semua bidang perlaksanaan hukum Syari’at. Maka kerana mengikut anjuran Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari Kesultanan Banjar mengamalkan bukan sahaja hukum berkenaan dengan kekeluargaan dan muamalah tetapi juga hukum berkenaan dengan jenayah, seperti hukuman-hukuman Syariat berkenaan dengan jenayah berat menyentuh zina, mencuri, murtad, dan hukum ta’zir. Dengan itu maka diadakan mahkamah Syara’ untuk membuat keputusan tentang hukuman-hukuman yang diperlukan. Dan untuk memberi pimpinan dalam hal itu mufti yang mengeluarkan fatwa-fatwa..

Dalam hubungan dengan hukum “fara’id” atau pembahagian pesaka, Syaikh Muhammad Arsyad membuat keputusan iaitu bila isteri juga berkerja, maka diadakan konsep yang disebut sebagai “berpantangan”, ertinya “timbangan perbandingan yang sama bobotnya dalam pembahagian harta suami-isteri” Bila berlaku kematian maka harta dibahagi dua dahulu. sebagai usaha bersama antara suami-isteri (tidak termasuk harta asal milik suami atau isteri masing-masing), kemudian baharulah berlaku pembahagian harta mengikut fara’id. Dengan ini si isteri mendapat dua kali peluangnya, satu daripada pembahagian mula-mula, kemudian pembahagian mengikut fara’id. Kalau di negeri-negeri di Malaysia ini disebut sebagai “harta sepencarian”

Kalau hendak disebutkan kepentingan teksnya dalam pendidikan dan dakwah, maka teks fikh yang paling menonjol dalam ibadat tidak syak lagi ialah Sabil al-Muhtadin. Fikh dalam aspek ibadat tidak ada lagi yang boleh menandingi teks ini dari segi mendetail hukumnya serta dengan teguh tempat sandarannya dari segi hukum dalam mazhab Syafi’i .
Secara ringkasnya, jasa Syaikh Muhammad Arsyad al-banjari boleh dilihat dari beberapa sudut. Diantaranya beliau menapis ‘akidah Ahlis-Sunnah di rantau ini dengan mengemukakan ciri-ciri pelbagai pegangan yang sesat, bid’ah, dan kurafat bahkan yang membawa kepada kekufuran.

Saturday, May 22, 2010

BANJAR…………….MUNGKINKAH YANG PERTAMA………..?????


Hanyaran ini ulun ada tabaca kisah seorang alim, tokoh ulama yang terkanal dan tersuhor dari negeri Kedah. Sidin adalah merupakan seorang guru pondok dan penulis kitab-kitab agama. Sumbangan sidin terhadap agama dan masyarakat Kedah terlau ganal.

Dalam mengajar ilmu sidin telah banyak membuka pondok pengngajian seperti di Alor Ganu, di Bohor, di Bagan Ulu, di Selengkoh, di Padang Lumut dan di Pokok Sena Sebarang Perai. Beliau ialahTuan Hussin Kedah atau dikenali juga sebagai Tuan Hussin Bohor, seorang ulama besar yang sangat gigih dalam perjuangan penyebaran ilmu pengetahuan Islam. Sidin banyak menulis kitab agama yang jumlahnya kada kurang dari dua pulohan buah kitab.

SIAPAKAH DATOK KEPADA DATOK TUAN HUSSIN KEDAH INI ????

Keturunan Tuan Hussin Kedah adalah berasal dari Banjar,

dari Kelompoyan Martapura Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Dan sidin adalah dari keturunan ulama yang sangat tersohor di Nusantara iaitu Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pengarang kitab Sabil al-Muhtadin.

Sejarah datangnya keturunan sidin ke Kedah mulaan nya kabila padatuan kepada datu nya yang bangaran Qadhi Haji Abu Su’ud disambatakan wayah sidin bulik tumatan Makkah handak manarusakan pajalanan ke Banjar umpat singgah bamandak di Kedah. Wayah tu Kedah adalah merupakan wadah pelabuhan yang terkenal di nusantara, Kabila sultan Kedah mandapat tahu kehadiran ulama Banjar ini maka baginda Sultan Kedah telah maminta sidin agar bagana di Kedah disuruh menjadi guru baginda dan juga rakyat Kedah. Di Kedah Qadhi Haji Abu Su’ud al-Banjari atas kehandak Sultan Kedah telah kahwin dengan perempuan bernama Rajmah. Dari perkahwinan itu baroleh anak dingarani Mas’ud, itulah moyang kepada Tuan Hussin Kedah.

Moyang kepada Tuan Hussin Kedah ini iaitu Haji Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud macam ayahnya jua seorang alim, selain menjadi ulama di Kedah, sidin juga dilantik oleh Sultan Kedah, menjadi salah seorang panglima perang kerajaan Kedah

ketika menentang kerajaan Thai (Siam Budha). Dan sidin gugur sebagai syahid ketika peperangan menentang Siam.

Amun dikaji dari carita sejarah ngini ada kemungkin orang Banjar yang pamulaan sampai dan bagana di Tanah Melayu adalah di Kedah. Dan orang itu ialah Qadhi Haji Abu Su`ud anak kepada Syaikh Mohammad Arysad bin Abdullah al-Banjari. Tuan Hussin Kedah adalah merupakan keturunan yang ke 5 kepada Syaikh Arsyad al-Banjari. Amun dihitung lima ketururunan barmakna kada kurang dari 200 tahun. Hitung haja Tuan Hussin Kedah lahir tahun 1863 sampai wayahini sudah 147 tahun. Bayangkan kalu 4 keturunan lagi sabalum sidin berapa

lawasnya pulang. Cungak-cungak kada kurang dari 250 tahun. Jadi kada mustahil

Abu Su’ud adalah urang banjar yang pamulaan sampai ke Tanah Melayu….

SULUR GALUR TUAN GURU HUSSIN KEDAH

Ngaran sidin sapanohnya Abu Abdullah Hussin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib bin Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud bin Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dilahirkan pada hari Ahad 20 Jumadil Awwal 1280H bersamaan 2 November 1863 di Titi Gajah, Kedah. Ngaran timangan wayah haluinya adalah Che Megat. Gelaran Megat diolehi kerana ayah sidin Haji Muhammad Nasir, seorang kebiasaan telah berkahwin dengan Tengku Fathimah binti Tengku Mahmud, seorang kerabat Diraja Kubang Pasu, Darul Qiyam. Kemudiannya sidin mashyur dengan ngaran

Tuan Guru Tuan Hussin Kedah. Sidin meninggal pada 18 Zulkaedah 1354H

bersamaan 10 Februari 1936M.

Antara Kitab-kitab Karangan Sidin

* an-Nurul Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, tahun 1305H

* Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, 1318H.

* Hidayatus Shibyan fi Ma’rifatil Islam wal Iman 1330H.

* Kisarul Aksir lish Shaghir `indal Kabir li Ma’rifatillahil `Alimil Khabir, 1336H.

* Hidayatul Athfal, diselesaikan pada 1336H.

* Hidayatul Mutafakkirin fi Tahqiqi Ma’rifati Rabbil `Alamin, 1337H.

* Tafrihus Shibyan fi Maulidin Nabi min Waladi `Adnan 1341H.

. * Tazkiru Qabailil Qadhi, diselesaikan pada 1343H

* Bidayatut Thalibin ila Ma’rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan 1344H

. * ‘Alaqatul Lamiyah wash Sharfiyah, 1345H.

* Ushulut Tauhid fi Ma’rifati Thuruqil Iman lir Rabbil Majid, 1346H.

* Hidayatun Nikah, diselesaikan 1347H

* Qathrul Ghaitsiyah fi `Ilmish Shufiyah `ala Syari’atil Muhammadiyah, 1348H

* Majmu’ul La-ali lin Nisa’ wal Athfaliyi, 1350H

* Majmu’ul La-ali lin Nisa’ wal Athfaliyi, 1350H

* Tabshirah li Ulil Albab, diselesaikan tahun 1351H.

* Hidayatul Ghilman, diselesaikan pada tahun 1351H.

* Nailul Maram fi ma Yujabu Husnul Khitam, 1354H.

* Tanbihul Ikhwan fi Tadbiril Ma’isyah wat Taslikil Buldan,1354H.

* Bunga Geti, 1354H.


Catatan:

  • Foto adalah Tuan Guru Hussin Kedah al-banjari Antara murid beliau yang terkenal ialah Tuan Guru Abd Rahman Merbok.
  • Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, yang juga merupakan Qadhi Besar Pulau Pinang ialah anak kepada Tuan Hussin Kedah.


Ada sesiapa yang nak buat kajian?